Saturday, February 28, 2009

letih

kekadang abg letih, bukan letih sbb apa letih menunggu... sekali sekala takpe... kalau dah hari hari camni aku pun bole jadi gila... jadi tolong la paham ayang... kalau abg bole paham ayang... sekali sekala cuba la memahami abg...

dia ok ke ari ni?
dia sehat ke?
dia ada masalah ke?

semua nya bermain dlm minda aku ni... tapi malam ni aku agak kesengalan sedikit sebab aku dah tak mampu menanggung beban di otak ini...


sorry sayangku, love you so much...

Salam...
hai semua.. lama rasanya tak memblogkan diri since the last time tu...ermm the last 1st time blogging...hehe...actually bukan taknak tapi tak berkesempatan sangat2... busy ngan kerja n bila dah balik rumah letih..tak sempat nak share story kat blog ni..abeh2 pun baca blog member2 jer...ermm kesian encik haza kita...hari2 dia merindu diriku ini...ermm alahai...
buat insan tersayang..encik haza..
abang... ayg mintak ampun mintak maaf sebab lately ni ayg takde bagi masa mencukupi utk abg..biasalah bila penyakit M ayg datang mmg camtuh..semua jadi MALAS... nak online pun takde mood..so sorry eh bang...tapi ayg takde mood pun takkan mengubah cinta dan syg ayg pada abg.. terima kasih kerana menjadi kekasih yg memahami dan sabar...sabar ngan kerenah ayg..sabar ngan segalanya.. terima kasih sygku...
ayg tahu hari2 abg harap dapat vc n kalau boleh nak berwebcam ngan ayg tapi tu la..ayg ni bila datang angin takde mood mmg malassss sgt2..sorry bang eh...tapi ayg tetap call abg jugak kan... n ayg ada gak masuk jenguk abg gak kan.. ayg tak lupa abg langsung kan... muashh..hehe luv u mucuk...
mudah2an lepas2 ni ayg nyer penyakit M akan ilang..dan kita akan kembali seperti sedia kala.. hehe ermm amy da balik dari makeup course dia ni.. abeh dia make up muka mama..haha takpe sok ayg nak dia make up ayg pulak..
erm okla abg..n semua kawan2 yg rajin baca n singgah blog ni.. nak rehat kejap.. muashh semua... sayang semua esp buah hatiku haza......

Friday, February 27, 2009

Penyiksaan dalam penantian


hakikat yang terpaksa aku terima, semenjak dua menjak ni dah susah sangat buah_hati aku nak on ym nak ajak vc... kalau dulu on internet terus buzz aku kat ym ni tak @ terus call... aku kekadang tunggu bagai nak gila... dari petang sampai la ke malam... last last online jap kata nak tido... kalau korang kena camni apa perasaan korang ek? tapi malam ni betul betul aku kecik hati sebab aku dah lah takde kedit nak call ( aku cari petang tadi tapi dah abis, ni susah kalau dok dalam hutan, dok bandar senang nak cari ) , cuma ym je la bole aku borak jap... tapi, dia dah nak tido... apalah nasib aku hari ni... gaji tak keluar lagi, kerja bertimbun nak borak tak dpt...
sungguh malang diriku hari ini...


Wednesday, February 25, 2009

seuntai kerinduan

aku umpama terumbang ambing di tengah lautan di atas kapal yang tiada nakhoda... pelayaran mencari daratan seakan menyesatkan dan mengkhayalkan minda ini. akhirnya aku pasrah!

hati menangis tiada siapa tahu

tahkala kerisauan menikam hati...

hari ini seperti kebiasaan hari² yang lepas aku menunggu dia online, detik jam itu ku rasa kan terlalu lambat berjalan seolah-olah ingin mentertawakan aku. Akhirnya setelah beberapa ketika aku rasa ada sesuatu yang tak kena jadi aku terus capai hp zaman purba aku terus call ( risau sungguh aku masa tu sambil berdoa bole lah call, sebab semalam celcom sengal kat sini ) tup!! tup!! dapat aku hubungi dia dan walaupun sejenak sahaja tapi amat bermakna buat aku yg tgh kelemasan dilambung ombak.

sebak rasa hati aku bila aku dengar suara dia... sayu dan slow, rupa nya dia sakit kepala... ayang kang ajak la amy atau mama pi la klinik check ya! please! dan aku berdoa agar sakit kepala nya cepat hilang, insyallah, amin...


cinta sama kamu,
sayang sama kamu,
wahai kekasihku zaza




tiada yang lain melainkan kerisauan yang melanda aku didetik ini.

Tuesday, February 24, 2009

tangisan menghiasi kamar hati...

malam ni aku amat ke-pilu-an sekali, mana tak nya aku nak vc ngan dia kemalasan nak amek headphone... ( terkedu jap abg, 10 hari tu lama kerana penantian satu penyiksaan. sampai hati :( ) dah la siang tadi aku tunggu lama aku ingatkan malam ni bole la aku borak nak lepas kan rindu... tapi entah la... siang abg faham ayang sibuk ( siang ayg kerja abg pun kerja kalau borak kejap kejap je ) tapi time malam ni lah kadangkala abg cuma mahu secebis ruang utk kita berbicara tanpa ada gangguan lain sayangku... ( sekali sekala nak gak cam dulu² borak sampai lebam :p )

Tadi sebelum dia offline dia kata nak call tapi sampai skang aku tunggu takde lagi ( 12:18 am ) , tekanan bertambah bila aku nak call celcom buat hal, kejap ada line kejap takde... ( tu la tadi nak vc namo ) menci sungguh... makin aku rasa malam ini kian mencengkam jiwa... arghh....



Sepi Seorang Perindu
by Jamal Abdillah

Bilaku rindu padamu
Terasa kuatnya cintaku
Terbangkit resah terpandang wajahmu
Bertambahlah kasih sayangku

Sesaat kau tak ku pandang
Terasa sepinya jiwaku
Tertunggu aku hadirnya dirimu
Walaupun sekelip mata

Betapa sepinya hidup seorang perindu
Dihanyut oleh keresahan
Rindu hatiku tak jemu padamu
Selagi kau masih ku cinta

Biar apa pun yang memisahkan
Namun ku tetap menyintaimu
Selagi hidup belum berakhir
Selagi itu ku merinduimu

Ku seorang perindu sepi
Tak jemu ku terus menanti

tapi tak mengapa besok masih ada kan? ( sambil memujuk hati yg lara )
sayang awak rindu awak zaza...
muashhh

Monday, February 23, 2009

dikala malam yang sepi menyelubungi jiwa

aku nak share lirik & lagu ni ngan semua... dengarkan la lagu ni... ^_^


Pak Long - Selagi Ada Rindu



selagi ada bulan mentari
selagi ada kekasih hati
selagi ada bulan dan bintang
selagi ada kekasih sayang
selagi ada ombak dan laut
selagi hati ku terpaut...
selagi turun nya hujan
selagi ada rahmat Tuhan...
selagi ada langit dan bumi
selagi cinta pun bersemi...


selagi ada waktu
selagi ada rindu
biar beribu batu ingin aku bertemu
oh kasih ( oh kasih )
damai lah ( damai lah )
engkau di sanaa....
ku berdoa ( ku berdoa )
pada tuhan ( pada tuhan )
agar engkau bahagiaa...


selagi ada waktu
selagi ada rindu
biar beribu batu ingin aku bertemu


download lagu ni

Thursday, February 19, 2009

lara dihati

waa... aku call dia tadi dlm 12 lebih td tapi dia tak angkat? mana dia pergi? apa dia buat? waa... sedih nya hati ini..... :(


malam kian sepi tanpa mu

Hari ni seperti 2 hari lepas malam kian suram dan menyepi kan... malam kian gelap tanpa ayg menemani di sisi. tak sabar rasanya utk menunggu fajar bersinar. kerana di waktu fajar bersinar dpt la abg menatap wajah org yg abg kasihi tanpa rasa jemu. tapi hari ni hati abg tersentuh sgt pasal masa makan malam td bos abg ngan wife dia makan sambil bergurau senda. Lantas hati abg ini terdetik bertanya kan bagaimana keadaan diri ayg di ketika ini? adakah ayg juga merindui abg? adakah semuanya ok belaka? dan secara logikal nya ia menambahkan lagi kerinduan yg makin menebal dan menyesakkan diri abg ini.



love & miss you so damn much sayangku zaza... xoxo

Wednesday, February 18, 2009

penyakit "M" melanda lagi....

Maka dengan semangat membara abg mencoretkan sesuatu sambil ditemani lagu² kita yang berkumandang yang lagi me-layu-kan dan menyepi-kan serta unggas² hutan yang bagaikan pengiring menemani saat ini. ( ops... lupa nak cite saya ni bekerja di kuala tahan, taman negara pahang. Jadi internet la yang mendekatkan perhubungan ini. ) Setelah sekian lama penyakit "M" itu menghilang kini ia timbul kembali... Timbul nya kini menimbulkan rasa sepi. Semenjak mula nya bibit² cinta kita. Tidak pernah kita berjauhan sebegini rupa. Tapi apakan daya mungkin itu satu dugaan buat kita. Tapi, abg berterima kasih pada ayg kerana tak pernah lupa akan diri abg. Sebab abg memang tak pernah lupa akan diri ayg. Setiap masa abg menanti... Moga² wabak "m" itu cepat menghilang. Salam sayang dan salam rindu dari abg... muashh...
Kau selalu ku nanti sayangku Zaza kerna ku sayang dirimu seadanya...

Tuesday, February 17, 2009

Secebis puisi luahan rasa dari hati...


Jikalau aku seorang pujangga,
Akan ku puisikan namamu seharum nyawa.

Jikalau aku seorang pelukis,
Akan ku potretkan wajahmu seindah syurga.

Jikalau aku seorang penyair,
Akan aku nyanyikan lagu untuk mu semerdu burung diangkasa.

Tapi aku bukan mereka.
Aku cuma insan yang kecil dan tak punya kuasa.

Tidak sedetik pun aku lupa akan dikau,
Kerana engkau adalah cahaya yang menerangi hidup ini.

Namun kau seharusnya tahu,
Kau adalah aku.
Kerana kau adalah nyawaku.

Sesungguhnya diri ini amat menyintai mu sayangku...

Adakah cinta memerlukan sebab??

Salam..cakk..im back.. ermm nuthing much to say cuma nak share this one story yg mmg sgt sedey n sgt sweet n sgt besh...n..sgt betul.. hargailah cinta..cinta mmg tak dapat diluah dgn kata..hanya hati dapat merasa nikmat bercinta.. ermm luv u haza.. baca eh story ni..

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan
di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah
bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si
suami. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang
menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan
abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa
abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada
saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman
lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk
puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata
"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang
merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis
dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.
Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.


Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang
disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.
Surat tersebut berbunyi begini :

"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah
engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan
kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau
menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika
disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau
tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan
setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan
sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.
Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini,
selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik
dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia
boleh dirasai dalam hati."

phew!!! muash....

Wah!! Wah!! Ayang... buat suprise eh? well, ni pun 1st time gak bagi abg... So, sesama la dpt kita luahkan perasaan kita kat blog ni. Mudah-mudahan dengan izin-nya moga kita akan kekal sehingga ke akhir hayat kita, InsyAllah, Amin... sayang awak sesangat...

1st time blogging..phew.... :)

Salam...Cak baby syg..n to all yg tgh baca blog gedik ni...ermm mukan gedik..tapi blog comel sweet n loving...amin... hehe this is my 1st time blogging..biasa baca blog org tapi ni kena post blog sendiri..well blog share ngan my syg..muashh..luv u bang... atleast kita boleh luahkan apa yg kita rasa selama ni kan syg kan.. ermm insyallah kalau ayg ada masa nati ayg post lagi eh..ni baru testing... :) to all viewer..ermm kalau ada yg view la kan..doakan kami eh..bahagia hingga akhir hayat... amin...

Saturday, February 14, 2009

cepumas

pernah tak anda kena bila anda sms atau call orang tu tak reply balik atau tak angkat call kita?
apa perasaan anda apabila kena camtu? pasti geram kan? fikirkan lah perasaan org yg cuba menghubungi anda
itu?

mata terpejam otak berfikir

jam dah pukul 03.23 am, aku masih takleh lagi nak melelap kan mata...

Friday, February 13, 2009

demam rindu

tadi jam 12:10:39 am ( feb-14-2009 ) zaza call aku... dan dengan secara otomatik kerinduan aku yang melanda diri aku beberapa jam yang lalu kini terubat apabila mendengar suara nya... dia baru bangkit tido... tapi pabila aku dengar je suara dia terus aku rasa sayu sbb dia demam... waaa :( kalaulah aku dekat dah lama aku pi rumah dia... aku dah soh dia makan ubat sebelum tido balik, dia takleh kena hujan sikit kalau kena hujan mula la demam... payung ada dlm handbag
tapi takmo pakai... iskh.... shusah loh... ( Ayang kalau hujan tu walaupun rintik² ke pakai la payung, pasal awak tu tak tahan kena hujan... )
Walau apa pun aku berdoa & berharap supaya zaza cepat sembuh... muash... i really love you!! (^_^)

kosong

aku tatau apsal hari ni aku rasa sepi sangat? :(
mungkin kah aku dilanda kerinduan yang teramat sangat?
ya!, aku akui mmg aku rindu tahap gile babeng ngan dia...
dah la ari ni chat pun kejap kejap je... ym tak on, tak dpt tgk wajah dia apatah lagi
nak dengar suara... erm... terasa tersiksa jiwa ini pabila menanggung rindu...

1st anniversary

Dan pada tarikh keramat 24 November 2008, kami menyambut 1st anniversary buat kali pertama...
jodoh dan pertemuan itu di tangan tuhan, sebab tarikh hari jadi kami sama yang beda nya adalah
bulan si zaza bulan 6 aku bulan 11, tapi tarikh sama 24. Dan pada malam 24 tu si zaza buat suprise
yang aku takkan lupa kan... untuk sekian lama aku hidup kat muka bumi dan sekian lama juga kesorangan
menyambut hari lahir maka tepat jam 12 ( 24-november -2008 ) dia wish aku ( pada saat itu juga aku sebenarnya
dah sebak tapi kontrol je, kang pelik plak org lalu lalang tgk mata aku berair )
tika dan saat itu tiada apa yang dapat mengambarkan perasaan aku... sebak & gembira bercampur baur...

terima kasih sayangku... terima kasih untuk ucapan dan juga terima kasih kerana sudi menerima diri abang dengan se-adanya

Thursday, February 12, 2009

pertemuan itu...

Detik October-10-2008 adalah detik pertemuan pertama di antara dua jiwa... Di antara CintaKaseh ( zaza ) dan c70 ( haza ). Pertemuan yang tidak di duga itu telah membibit kan rasa cinta di dalam dua jiwa... tapi, memula kenal cakap aku, kau tapi sekarang dah berubah ok... sayang... abang... ( gedik je kan kalau org dengar!, tapi peduli apa... kalau korang pun camtu gak, kan?? kan?? )... uhuh... memula kenal chat je kat mIRC, lama gak kalau tak salah... lepas tu baru la mintak YM... tapi kalau chat tak lama abis kuat sampai kol 12 sbb masa tu si zaza ni tido awal... then aku buat soklan cepu emas ( sampai skang dia ingat lagi ) "taknak mintak no phone ke?" hahaha... ( apa kejadah ko ni haza soh pompuan mintak no ko... apa ko ingat hensem sgt ke ko ah?! ). Dapat je no phone memula SMS lelama sikit baru call... ( ayang ingat lagi tak waktu memula ayang call abang? "saya call ni nak dengar suara je, ok la... nak bobom...", pheww ). tapi, semua nya tak berakhir begitu sahaja... masa tu aku takdak maxis dia pakai maxis, jadi nak tak nak aku pinjam pakai sama bos aku ( baha ) punya maxis buat super saver... well, kawan punya kawan, sembang punya sembang akhir nya memasing paham isi hati memasing dan terus declare sebagai kekasih...