Tuesday, March 31, 2009

Sweet sms.....

Salam..
hai semua... sihat ker? hopefully semuanya sihat2 n ceria2 selalu esp to my baby mucuk..abg sihat kan syg kan? :)
as for me...ermm rasanya harinih ptg ni dah berkurangan rasa sakit perut n ouk2.. kalau tak.. every 5-10 min g toilet... doc kata food poisoining.. pelik gak sebab org kat umah takde yg kena.. maybe pasal mkn food kat ofis arituh kot..tkpun perut2 org kat umah ni semuanya da season..makan apa pun takkan kena sakit..haha..but still senak2 perut tu ada.. so dari hari sabtu sampaila harinih dok melepek atas katil je.. tak makan apa pun..asal mkn je nak muntah..tapi dok `membuang` je..badan pun dah lembek rasanya ni.. mudah2an pas mkn ubat nati ada balikla energy. kalau tak..payah nak buat keja nati.. waaa da lama cuti esok kena keja..sgtlah malas.. tapi nak buat macam mana dah tanggungjawab.. month end...kepalaku bakal pening lagi esok..
actually last friday dah seronok2 n tak sabar nak cuti..dalam pala da pk balik nati nak post blog n share story byk2..tapi dah melepek je..blog kemana..semua kemana..tido je..sib baik la ada fon yg leh teman... atleast takat baca blog org n main uno sambil2 menahan sakit perut tu pun jadikla kan..
well sebenarnya..tujuan utama zaza post entry kali ni sebab nak share ngan kawan2... sweet sms dari insan yg zaza syg sgt..iaitu kekanda hazaku.. kerana sepanjang diri ini sakit..dia yg tak abeh2 susah hati walaupun beliau berada nun jauh di dalam hutan taman negara..sampai sanggup nak datang jenguk... tapi ku halang sebab jauh la sygku..lagipun next week abg nak datang dah kan..so takyah bazir2 duit..lagipun ramai yg jaga ayg kat sini ( padahal jaga diri sndiri ni..heheh) ayg dah besar sygku..taulah ayg jaga diri.. tapi walau macammanapun..terima kasih sgt2 bang.. terima kasih kerana menjaga ayg walau dari kejauhan.. terima kasih kerana amek berat tentang diri ayg..harapan ayg agar sampai bila2..sampai akhir hayat kita abg tetap jaga ayg ye bang.. love u.. muashh
so kat sini..saje gedik nak share sms2 yg haza bg...














ermm sangat sweet kan...tgh sakit2 tu bila baca sms tu terus sejuk hati..lega la sekejap senak perut tu tapi sekejap je la...pastu dia sakit balik..hehe.. anyway sorry kalau tak clear sgt....biasalah tak pandai sgt nak mengedit2 pic ni.. actually ada byk lagi sms dia bg ...semuanya sweet.. takyah la post semua..kang kena kata ngader lak..hehe mmg ngader pun nih..
lastly... buat haza tersayang.. ayang syg abg sangat2... terima kasih kerana menyayangi diri ayg seadanya... lepas ni kita post entry pasal misi 2010 kita eh sygku..love u..muashh..

p/s:love u mucuk.. so much.. - zaza-

igauan mimpi

masuk hari ini adalah hari yang ke-5 ayang sakit perut akibat dari keracunan makanan. maka dah dua hari juga dia mc. aku pun dah tenteram hati tak tenang je nak buat kerja. mana tak nya asyik dok pk pasal buah hati aku, camne keadaan dia? ok ke dia? sakit lagi ke dia? semua bagai ribut bermain-main dlm minda aku. sakit tu dah satu hal tapi semalam dia mimpi ngeri di kejar momok.
lagi lah ligat kepala aku berputar apakah yang berlaku. sebab selalu nya takde lah teruk ni siap azan lagi. sib baik lah ada amy ngan angah kat rumah tolong kejut kan ayang. tapi yang mengheran kan adalah aku tersedar dari tido dalam kol 2 lebih aku bangun pi toilet weewee jap, minum air masak segelas then masa aku nak baring balik aku menerima sms dari buah hati mengatakan dia ngigau di kejar momok. (
Mungkin time abang tersedar itu adalah kebetulan atau sebalik nya abang sendiri pun tak tahu. kadang kala misteri alam itu kita tak dapat huraikan, hanya yang Maha Esa sahaja yang tahu. mungkin jua ayang dah ditakdir kan untuk abang... ) terus je aku capai hp zaman purba aku call buah hati aku tanya camne keadaan dia. aku soh dia baca 3 qul, amek air sembahyang sebelum tido balik. walaupun aku kat sini jangan cite la bulu roma meremang dah lah duduk sorang... alhamdullilah tiada apa yang berlaku lagi sehingga lah fajar menimbulkan diri nya... syukur...

ayang sebelum tido tiap² malam nanti baca 3 qul, ayat kursi sebelum tido, mudah-mudahan tido ayang nanti tiada mimpi ngeri dah, Insyallah, amin.



sayang ayang selalu, muashh... xoxoxo

Monday, March 30, 2009

risau dan sedih

sejak dua hari yang lepas hidup aku agak kucar kacir... mana tak nya buah hati aku tengah gering. terkena "keracunan makanan" aku punya lah susah hati jangan cerita la ( macam muka orang risau isteri nak bersalin ) ... hanya tuhan sahaja yang tahu... sampai kena tegur ngan member aku la... ko apsal muka toye semacam je.. aku pun cakap la buah hati aku sakit... terus je durang diam... nasib durang memahami. nak naik pi jumpa dia aku pun tengah kekurangan dalam poket... walaupun hati aku ni memberontak nak pi jumpa dia. Tapi apakan daya... Mungkin ini adalah dugaan buat kita berdua sayangku... Tapi, hari ini buah hati aku dah pi klinik jumpa doktor dapat ubat pelbagai jenis... bila aku dengar suara dia alhamdullillah suara nya agak ceria sikit berbanding sebelum nya. Syukur, sesangat... abang harap semoga ayang cepat sehat dan ceria selalu. walau apa pun yang menimpa ayang kasih dan sayang abang pada ayang tidak pernah berubah. Sesungguhnya itu hanya akan menambah dan merapatkan lagi hubungan kita... Lagi 11 hari abang akan datang sana bertemu dengan ayang. Bersabar lah menanti detik itu.

sayang ayang selalu, muash

Wednesday, March 25, 2009

coretan rindu tidak bernama

Penyesalan terbesar dalam hidup ialah apabila risiko yang tidak kita ambil.
Jika anda merasakan sesuatu itu tidak akan membuatkan anda bahagia,
maka teruskan. Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali,
mungkin tiada peluang kedua. Bererti masa tidak menunggu kita.

Jika anda merasakan anda telah bertemu dengan orang yang sesuai,
maka hargailah dia, jangan biarkan is berlalu begitu sahaja.
Jangan tertangguh kerana takut kelak jika dibiarkan berlalu maka anda akan menyesal sebgitu sahaja.

Tiada sesiapa pun yang simpati kepada orang yang sengaja membiarkan peluang pergi
begitu sahaja tanpa berusaha untuk mendapatkannya atau mempertahankan.
Kita selalunya tidak menghargai seseorang yang hampir atau menyayangi
kita sehingga dia pergi meninggalkan kita. Jangan takut untuk meluahkan
isi hati anda kepda orang yang anda sayangi dan cintai.
Beritahu mereka dan biarkan mereka buat keputusan di pihak mereka.
Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ialah memberitahu
kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya mereka
kepada anda. Anda akan rasa lebih yakin dan puas. Malah,
anda juga kan rasa bangga terhadap diri anda kerana telah menunaikan
tanggungjawab anda terhadap perasaan dan hati anda.

Jangan sesekali mengkhianati hati anda kerana akibatnya hanya anda
yang sengsara, bukan orang lain. Salah satu cabaran yang paling sukar
dalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan
kekurangan diri anda, tetapi ia masih sanggup menyayangi anda dengan
sepenuh hatinya.Cinta itu adalah berasakan tolak ansur dan pengorbanan.

Jika dia tahu kelemahan dan kekurangan anda dan masih sanggup bersama
anda dan lebih menyayangi anda, maka anda adalah orang yang paling
bertuah kerana ada seseorang yang mencintai anda seadanya anda.
Mencintai dan dicintai perlukan keberanian. Keberanian untuk terus
mengekalkan rasa cintai itu. Seterusnya diikuti dengan perasaan keikhlasan
untuk menerima orang yang kita cintai seada mereka walaupun dari hari
ke sehari manusia sentiasa berubah.

Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan.

p/s : luv & miss ya so dem much!


note : kredit kepada penulis asal

Terima Kasih Segalanya

Terima kasih ku ucap kepadamu
Kerana sudi menyayangi diriku
Semoga kita bersama dan setia
Aku bersyukur pada Tuhan Yang Esa
Kerana dia yang menemukan kita
Semoga kita mendapat rahmat darinya
Hidup bahagia

Oh kasih indahnya kurasakan
Sewaktu engkau ada bersama di sisiku
Indahnya cintamu
Biarpun apa yang terjadi rela ku tempuh
Asal kau tahu hargai pengorbananku ini
Terhadap dirimu

Sewaktu kau berduka aku ada di sisimu menemani
Sewaktu kau gembira jangan pula kau lupa diri ini
Andainya aku tiada
Abadikan cinta kita sepanjang hayatmu

Terima kasih ku ucap kepadamu
Kerana sudi menyayangi diriku
Semoga kita bersama dan setia
Hidup bahagia...



lirik di petik dari lagu lestari - Terima kasih segalanya
DOWNLOAD LAGU INI

p/s : sayang, miss you so damn much !


Terima Kasih..

Salam,
Abg...terima kasih atas kasih sayangmu itu..
alhamdulillah ayg ok dah arinih... semlm jer teruk demam selsema..
balik semlm dah makan ubat..bobom..ok dah....
ni kat ofis dah nih.... tgh buat keje sket...pastu pasni nak ngular..
MISI 2010... tak abeh2 dari aritu...
insyallah pasni kita post citer pasal MISI 2010 kita eh bang..
share ngan reader2 blog kita ni.. hehe...
okla nak sambung buat keje... zassssss....

-zaza-

p/s: aku cinta padamu...sungguh...

Tuesday, March 24, 2009

kerisauan menyelubungi jiwa

andai ayang tahu perasaan abang ketika ini...

"Suara ayang yang lemah itu membuatkan jiwa abang runtuh dilanda keresahan dan kerisauan yang menggila"

Moga² ayang cepat sembuh dah pulih seperti sediakala sayangku. (jangan lupa makan ubat ya !)

Ku yang mengerti mu..Yang tulus mencintaimu..Yang ikhlas menyayangimu... muashh

Sunday, March 22, 2009

matahari...? ..pelangi :)

hai..
i came across dis one blog..sgt sweet.. n ada kata2 dalam tuh yg amat menyentuh jiwa.. credit to Na, nak pinjam ayat u yg sgt2 bermakna...
-zaza-

`kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat...
kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari...
rupa-rupanya ALLAH hendak berikan kita pelangi...



p/s : .. ALLAH maha adil.. maha penyayang..syukur alhamdulillah..ayg ditemukan dgn abg...mudah2an hubungan kita berkekalan hingga akhir hayat... amin

Deeper Conversation..

abang.. love u so much... just wanna share dis lovely song wif u...so sweet,,nati abg carik eh lagu ni..ayg tatau nak post lagu dalam ni..hehe..smooches..

Deeper conversation - Yuna

Is your favourite colour blue?
Do you always tell the truth?
Do you believe in outerspace?
And I’m learning you

Is your skin as tanned as mine?
Does your hair flow sideways?
Did someone took a portion of your heart?
And I’m learning you

And if you don’t mind
Can you tell me
All your hopes and fears
And Everything that you believe in
Would you make a difference in the world
I’d love for you to take me to a deeper conversation
Only you can make me

I let my guard down for you
And in time you will too


p/s : zaza syg haza

penantian itu berbaloi


3:27 am - dikeheningan pagi taktala orang lain sedang nyenyak dibuai mimpi² indah. abang masih belum lagi tido kerana abang masih menunggu orang yang paling abang sayang tak lain tak bukan buah hati pengarang jantung abang... ( ayang la siapa lagi! ). sebenarnya abang nak tido dah tapi lepas hantar sms kat ayang tu abang dok depan komputer sambil bukak winamp terus pasang lagu kita
Ini adalah playlist mp3 yang abang pasang.

  1. yusry - Jika Ku Tak Bangun Esok Pagi
  2. FIA - Ada Rindu..Ada Cemburu
  3. jamal abdillah - sepi seorang perindu
  4. scorpian - you and i
  5. duta feat baizura kahar - cinta antara kita
  6. pak long - selagi ada rindu
  7. ungu - tercipta untuku
  8. kriss dayanti & anang - makin aku cinta
  9. tt dj - separuh hidupku
  10. illusi - puisi cinta

Dan detik 3:27:58 a.m aku dapat sms dari buah hati aku yang dia belom tido... wah! girang sungguh hati ini pabila mendapat sms dari nya... mana tak nya abang siap tido petang tadi sebab weekend je lah abang dapat berborak ngan ayang sepuas hati untuk melepaskan rindu yang menebal dijiwa. Walaupun perbualan kita itu singkat tapi ianya amat bermakna buat abang sayangku... terima kasih sayangku... abang amat hargai... malam ni bole tido lena sambil tersenyum... kerana terubat sudah rindu dihati...

luv, hug & kiss untuk ayang kerana tiada yang lain di hati abang ini melainkan ayang seorang.
muash...

Saturday, March 21, 2009

pabila si bujang ke dapor

Lepas buah hati aku call pagi. teringat yang pagi ni aku nak ke pasdec beli barang dapor sebab stok barangan dapor semua telah abis. maka dengan penuh semangat waja aku pun rembat lambretta gaban terus menuju ke pasdec ( abang rasa abang takleh bawak motor dah lah... asyik berair je mata bila bawak motor ) Jauh tak jauh la dalam 5km dari office. siap membeli belah aku pun balik ke office terus ignore kan orang ramai kat depan office ni ( semua member² abang je melepak, korang tak kerja ke ari ni? ) ... terus pi dapor siap² kan bahan untuk memasak.. tapi masa membeli barang dapor tadi abg dah fikir kan dah nak masak apa... nak masak apa rahsia...





ya, begini lah status dapor orang bujang ( tapi kemas okeh ) ... sebenarnya lama dah abang tak memasak tapi sekali sekala tu rasa gian nak memasak camni la keadaannya.. Tapi, sebenarnya nak buat latihan sebab dah kahwin esok senang sikit ( kan ayang kan... )




simple je dapor



proses memandi kan ayam sekali lagi...



bahan² untuk memasak...



sementara nak memasak tu lihat la cik laili yang kelaparan menunggu makanan siap di masak.
. ( isk... kesian )



maka setelah bertungkus lumus dengan kesibukan kerja maka ini adalah hasil nya...




sup ayam... ( agak² ada macam sup ayam tak? )



ikan sepat pekasam


ikan sepat pekasam, sup ayam, papedom dan nasi putih



Inilah dia menu abang ari ni... tapi masa makan tu aku teringat kat buah hati aku, tersentuh jap hati ini. nanti dah khawin abang masak pulak untuk ayang, insyallah... muashh...

Sayang Sama Kamu Banget

(^_^)

Thursday, March 19, 2009

misi 2010



dup ! dap ! dup ! dap ! kadangkala fikiran ku keruan seharian... memikirkan misi 2010. misi yang bakal mengubah perjalanan hidup abang dan ayang. pheww !! ayang bersabar la menunggu detik itu... abang telah banyak memikir kan apa kah yang patut dilakukan dari sekarang sehingga la saat itu bakal tiba. yang pasti abang akan mencuba yang terbaik untuk kita berdua.


Firman Allah S.W.T.

”Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui.” (Yaasin: 36)

abang sentiasa sayang dan rindu dengan ayang... tidak sabar rasa hati menanti nya detik indah itu. dan tidak pernah terfikir oleh abang ingin mencari yang lain kerana ayang adalah yang terbaik buat abang... salam sayang dan rindu dari abang.. muashh...

Wednesday, March 18, 2009

berubah...

ayg, berubah lah untuk kebaikan... kena buang sikit penyakit "m" itu. jgn di ikut kan kelak memakan diri sayangku... ... abg cuma rindu kita kembali cam dahulu... penuh kemesraan, kegembiraan dan gelak ketawa... oleh sebab itu abg nak ayg berubah....
berubah lah untuk kita untuk kebaikan kita bersama...



Yusry - jika ku tak bangun esok pagi

Jika kutak bangun esok pagi
Sayangku kau jagalah diri
Sentiasa ingatkan hati
Dirimu amat kucintai

Andainya dihimpit kesusahan
Sujud dan mohon pada Tuhan
Agar diberikan bimbingan
Meniti hidup bersendirian


Bila terasa sejuk pejamkan mata
Bayangkan dalam dakapanku
Bila terasa rindu pejamkan mata
Kita bersua dalam lena

Kalau ada yang sudi mengganti
Sayang lepaskanlah ku pergi
Kerna sayang seistimewamu
Berhak tuk dicinta dalam hidup

Sayang… tiada apa yg kekal dlm dunia ini
Namun yang pasti walupun ku tiada nanti
Cintaku .. akan kekal abadi

ulang

Kuberharap kau tak akan lupa
Mengirimkan bekalan doa
Kita jumpa lagi disana nanti
Jika kutak bangun…..esok pagi
Jika kutak bangun esok pagi



love & miss you so damn much !


download lagu

Tuesday, March 10, 2009

lalala~

nak update pasal pi port dickson ni tapi petang sikit kot... stay tuned!!!

Monday, March 02, 2009

doa untuk kekasih

Allah Yang Maha Pemurah, Terima kasih Engkau telah menciptakan dia untuk diriku yang telah lama aku tunggu.

Terima kasih untuk saat-saat indah yang boleh kami nikmati bersama….
Terima kasih setiap pertemuan yang boleh kami lalui bersama….
Terima
kasih setiap saat-saat yang lalu. Saya datang bersujud dihadapan-Mu,
Sucikan hati saya yaa Allah,sehingga dapat melaksanakan kehendak dan
rencana-Mu dalam hidup saya.

Yaa Allah, jika saya bukan pemilik
tulang rusuknya, janganlah biarkan saya merindukan kehadirannya.
Janganlah biarkan saya melabuhkan hati saya di hatinya. Kikislah
pesonanya dari pelupuk mata saya dan usirlah dia dari relung hati saya.
Gantilah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di di dada ini
dengan kasih dari dan pada-Mu yang tulus dan murni. Tolonglah saya agar
dapat mengasihinya sebagai sahabat.

Tetapi jika Engkau ciptakan
dia untuk saya, yaa Allah, tolong satukan hati kami. Bantulah saya
untuk mencintai, mengerti dan menerima dia seutuhnya. Berikan saya
kesabaran, ketekunan, dan kesungguhan untuk memenangkan hatinya.

Urapilah
dia agar dia juga mencintai, mengerti dan mau menerima saya dengan
segala kelebihan dan kekurangan sebagaimana saya telah Engkau ciptakan.
Yakinkanlah dia bahwa saya sungguh-sungguh mencintai dan rela membagi
suka dan duka saya dengan dia.

Yaa Allah Maha Pengasih, dengarkan lah doa saya ini. Lepaskanlah saya dai keraguan ini menurut kasih dan kehendakmu.

Allah
Yang Maha Kekal, saya tahu Engkau senantiasa memberikan yang terbaik
buat saya. Luka dan keraguan yang saya alami pasti ada hikmahnya.
Pergumulan ini mengajar saya untuk hidup lebih dekat dengan-Mu, untuk
lebih peka terhadap suara-Mu yang membimbing saya menuju terang-Mu.
Ajarlah saya untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang
telah Engkau tentukan.


Ya Allah, jika dia memang tercipta untuk ku, kau dekatkan lah aku dan dia. Jika sebaliknya, kau jauh kan lah dia dari ku. Jadilah kehendak-Mu dan bukan kehendak saya yang jadi dalam setiap bagian hidup saya, yaa Allah. Amin………