Sunday, September 06, 2009

Mengertilah hati..

dari mata turun ke hati
maka dari hati lahir nya cinta
Kalau kurang darah boleh cuba makan hati
Andai tersilap kata boleh makan hati
pedih hati orang kata sebab gastrik
pilu hati disebabkan ada sesuatu yang mengusik perasaan di hati
Pabila mengingatkan seseorang hati jadi sayu
resah di hati menggila bila dikau membisu
Bila di kurnia kan cahaya mata orang gelarkan permata hati
Bila kita gembira ada juga yang kurang senang hati
Orang-orang yang iri hati itu selamanya dirundung duka dan pilu.


Saturday, September 05, 2009

Aku, Dia & Khawin..

Aku salu berborak ngan member² aku yang kebanyakkan nya dah berkahwin.. Semua kira veteran lah.. keke.. Aku banyak tanya pendapat durang.. Dan durang juga salu bertanya kan aku.. bila nak khawin? So, aku cakap ngan durang InsyaALLAH, kalau jadi bulan 10 ni aku bertunang.. dan InsyaALLAH, juga khawin tahun hadapan 2010.. Jadi salah seorang nya Abg Lah telah berkata kepada aku..
"Ko jangan jangan risau, kalau niat ko ikhlas dan dah jodoh. Tuhan tu akan bukakan jalan.. InsyaALLAH"

Allah tu maha adil dan kaya.. Sejak dua menjak ni rezeki aku semakin mencurah-curah.. Memacam peluang aku dapat/nampak.. Mungkin inilah yang dimaksudkan.. Aku bersyukur sangat ke hadrat ilahi..
dan aku harap rezeki aku semakin banyak mencurah-curah.. sebab aku sememangnya inginkan keluarga sendiri.. dan juga aku memang ikhlas dengan
KekasihHati aku.. Luv u sayangku..



Panduan untuk H1N1..

Pohon Cinta



credit untuk penulis puisi

Friday, September 04, 2009

insan yang baik pergi ke syurga, insan yang jahat pergi ke longkang jukebox

Di dalam sebuah kesunyian yang membingitkan... Aku menghantar satu teks telefon:
"Nasi lemak Gospel , jom"

Lazimya aku boleh menghantar pesanan ringkas seperti itu melalui teknik telepathy je.
Tapi hari ini aku guna telefon kawan .. takpelah ... kredit orang lain.. aku tak rugi apa-apa.

Berberapa minit kemudian telefon aku berbunyi.
Lagu merdu dari A Wilhem Scream mula menggoncang atmosfera.
Sekali aku picit punat yang ada logo ganggang telefon,
maka A Wilhem Scream yang gagah perkasa sebentar tadi membisu serta merta .

Berganti pula dengan bunyi suara seekor monster mini.
walaupun kedengaran sayup dari jauh,
aku kenal benar dengan monster mini tersebut.. itu suara papa, bebola daging berbentuk doraemon.

"WOi , Moh keluor cepat !! Ada cerita panas ni " kedengaran suara Papa tercungap-cungap bagaikan sedang menahan orgasme.

Refleksi aku tersentak macam biasa.
Mendadak aku terbang keluar dengan momentum kelajuan yang melebihi kadar biasa.

"Adi .. nak pergi mana ??" teguran manja Chinoz dari dalam laman sembang IMVU mula buat aku serba salah. "Kiss i dulu" sambungnya lagi.

Nah !! masalah tipikal.
masalah yang sering melemahkan semangat juang superheroes untuk menyelamatkan dunia.
terpaksa memilih sama ada mahu teruskan dengan plan A, menyelamatkan dunia atau plan B, mengecup bibir hangat kekasih virtualnya.

Setelah menaakul selama 1 saat, Macam biasa, aku pilih A. Sebab cikgu kata hanya orang-orang pandai je yang akan berjaya score A masa periksa.

Begitulah keadaannya ketika aku meninggalkan IMVU dan menuju ke Longkang Jukebox.

* * *

Memang ada cerita panas di sana.
Ada banyak sekali kereta-kereta peronda polis.
Satu rentangan khas ala-ala CSI berwarna kuning yang tertulis dengan jelas :
DILARANG MELINTAS > GARISAN POLIS.



Menurut khabar angin,polis tu cuma nak siasat kes bunuh di Klang.
suspek telah di tahan di Kuantan tapi kenderaannya telah ditinggalkan betul-betul dekat Longkang Jukebox.

Cuma satu je yang menjadi aneh .... sebesar-besar dunia, dengan jarak beratus-ratus kilometer, pembunuh tu telah memilih tempat paling kool sekali di dunia .
Itulah longkang Jukebox.
Tempat latihan kami bermain kejar-kejar dengan polis.

Para penonton tetap mahu berkerumun.
dasar jakun.
mengharapkan informasi segar untuk diceritakan ke sekitar kampung.

Aku tak mahu layan. Cuma aku singgah sekejap je. Ambik nombor plat kereta tu nak tikam 4d.
Tapi haram tak sempat. Hari dah petang.

~
~ Setelah bertahun-tahun menjadi wilayah rebutan pelepak malam,
Baru sekaranglah Longkang Jukebox disimbahi lampu-lampu spotlight dan mendapat perhatian massa.

Cuma ralat satu je, aku tak nampak pun wartawan atau sesiapa dari pihak media yang datang untuk buat liputan kecuali Kak Era. seorang reporter kampung berteknologi Dial Up.


SALAHHH !! bukan slipknot...
yg baju oren tu semua suspek












nasib baik kami dah pencen main kejar-kejar..
kalau tak mimpi lah mereka dapat duduk dengan aman sambil isap rokok
"port lari "
sampai sekarang jadi misteri...siapa yg tulis kat dinding tu
di bawah selia cctv sang bebola daging


note : credit to adi for the story.