Thursday, February 25, 2010

tanya sama hati..



T_T

Saturday, November 21, 2009

catitan tak bernama..

Kusut tanpa kerana.
Sakit tanpa luka.
Parah tanpa cedera.
Rebah tanpa jatuh.
Soalan tanpa jawapan.
Sayang tanpa kasih.
Rindu tanpa harga.
Sepi tanpa kata.
Buntu tanpa rasa.
lagu tanpa muzika.
Tangis tanpa dia.

credit to the real puisi author nurmira..

Friday, November 06, 2009

langit mendung dan senja..

Pisau raut hilang dirimba
Pakaian anak raja di Juddah
Karam dilaut boleh ditimba
Karam dihati bilakah sudah

Banyaklah orang menanam pulut
Saya seorang menanam padi
Banyaklah orang karam dilaut
Saya seorang karam di hati

Sunday, October 11, 2009

Renung-renungkan lah..

Seorang wanita dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh megah. Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yang berbahagia tersebut. Suatu acara yang luar biasa dan sungguh mengesankan. Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam gaun putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling menyintai dan sepadan.

Beberapa bulan kemudian, si suami berkata kepada isterinya:
"Sayang, abang baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita", katanya sambil menunjukkan majalah tersebut. "Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita. Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia ...". Isterinya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik kerana ia adalah untuk kebaikan mereka bersama. Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa yang terlintas dalam benak mereka masing-masing.

Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia membincangkannya. "Abang akan mulai dulu ya", kata suami. Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 2 muka surat ...Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai mengenai diri isterinya, ia memperhatikan bahawa airmata isterinya mulai mengalir...

"Maaf, apakah abang harus berhenti ?" tanyanya. "Oh tidak, teruskan ..." jawab isterinya. Lalu si suami melanjutkan membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia, "Sekarang giliran sayang pula membacakan senaraimu". Dengan suara perlahan isterinya berkata, "Sayang tidak mencatat sesuatupun di atas kertas sayang. Sayang berfikir bahawa abang sudah sempurna, dan sayang tidak ingin mengubah akan diri abang. Abang adalah diri abang sendiri. Abang kacak dan baik di sisi sayang. Tiada satupun daripada peribadi abang yang sayang dapati kurang..."

Si suami tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati isterinya... bahawa isterinya menerima dirinya seadanya. Dia kemudian tertunduk dan menangis...

P/s: Sebelum kita mencari kekurangan orang lain, carilah kekurangan diri sendiri. Adakah kita cukup SEMPURNA untuk dibandingkan dengan orang lain?... Kalau jawapan nya YA, maka kita berbohong atau kita PERASAN.
Kerana tiada manusia yang SEMPURNA dalam dunia ini dan sentiasa ada
yang perlu diperbaiki... wallahua'lam...
Hakikatnya orang-orang yang menyayangi diri kita kerana kelebihan kita dan menerima segala kelemahan kita, sudah pastilah orang ini adalah sangat ikhlas menyayangi diri kita... INSYA ALLAH


nota kaki : credit for the real author..

Thursday, October 08, 2009

10 Soalan Buat Kekasih

Selamat Pagi Sayang. Di pagi ini ku hulurkan 10 soalan Bonus yang memerlukan jawapan tepat dan segera.

1. Malam tadi aku kah yang paling akhir meninggalkan ruang mata mu sebaik lena mu hinggap di situ?

2. Hadirkah mimpi manis bersama ku dalam tidur mu sebagaimana mau mu?

3. Pagi ini aku kah pengunjung minda mu yang pertama dan terdahulu?

4. Sudahkah kau hirup rindu mu pada ku seperti sarapan yang terhidang buat mu itu?

5. Adakah kau putarkan kenangan manis buat alas hati mu yang kesepian tanpa ku sewaktu menuju ke tempat kerja mu?

6. Ayat cinta untuk aku kah yang sedang kau karang sebagai Ucapan Selamat Pagi untuk ku?

7. Siapakah yang akan bertamu di hati mu sepanjang hari ini... ..adakah aku?

8. Adakah esuk aku masih boleh terus berada di situ?

9. Adakah kau merasa bahagia bersama ku?

10. Adakah kau di saat ini merindui ku sebagaimana aku yang sedang merindui mu?


‘YA’ adalah jawapan yang aku nantikan bagi kesemua soalan soalan ku itu.

Sayang, aku lah seorang yang bertuah dilimpahi kasih sayang yang sebegitu dari mu.


Terima Kasih Kekasih, mekarlah Bunga Kasih mu selamanya di Taman Hati ku.



note : credit to the author.

Tuesday, October 06, 2009

Aku Benci

Aku benci..
Kau lah peneman ku dikala ini..
Setiap saat, setiap detik hadirkau menyinari hidup ini..
Tanpa mu disisi siapa lah diri ku ini..

Aku benci..
Sukar ku mengerti kenapa aku amat memerlukan mu..
Walaupun sering diri ini bertanyakan pada hati..
Kau setia menemani ku tanpa kenal erti jemu..
Tapi, ku benci bila ku pergi..
Aku benci..


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*






AKU BENCI BILA BEKALAN ROKOK KU HABIS LAGI!!!
Mana nak cari pepagi buta ni.. dalam hutan mana ada 7E.. sok dah puasa.. argh.. tidakkkk..

Sunday, September 06, 2009

Mengertilah hati..

dari mata turun ke hati
maka dari hati lahir nya cinta
Kalau kurang darah boleh cuba makan hati
Andai tersilap kata boleh makan hati
pedih hati orang kata sebab gastrik
pilu hati disebabkan ada sesuatu yang mengusik perasaan di hati
Pabila mengingatkan seseorang hati jadi sayu
resah di hati menggila bila dikau membisu
Bila di kurnia kan cahaya mata orang gelarkan permata hati
Bila kita gembira ada juga yang kurang senang hati
Orang-orang yang iri hati itu selamanya dirundung duka dan pilu.