Thursday, April 30, 2009

koi sayang mok koi

malam tadi abg call mak abg ( bakal mak mertua ayg ) sbb dia cakap ada surat sampai abg soh la dia tolong bukak kan surat tu rupanya dari TDC sampai surat denda lesen sebab lambat apply...
sembang punya sembang lepas tu perbualan nya adalah seperti ini...


abg : mok, goner* sehat?
mak : sehat... tapi kaki kiri mak ni bengkak pasal motor skuter terhempap kaki mak..
abg : bile kene nya mak?
mak : ahad baru ni...
abg : laa... nape tak kasitau kome*...
mak : kang kalau kasi tau hang balik plak... ( kompom balik! tgh malam ke subuh ke )
abg : mak ni... siapa tak sayang mak dia...
mak : takpe ok dah sikit tapi nak lipat kaki susah sikit...
abg : dah sapu ubat ke? ( terus je sebak, siapa tak sayang mak dia, kan? )
mak : dah... tapi kalau umo dah 50 lebih kalau sakit susah sket nak baik...
abg : mak dah makan ubat satu lagi ke?
mak : belom lagi... jap lagi mak makan la... hang dah makan ke?
abg : tak lagi jap lagi kome makan. mak jgn lupa makan ubat tu lepas tu sapu minyak angin... nanti kome risau plak kat sini...
mak : hang pi la makan satgi... mak mana tak risau tgk anak dia tak makan lagi... hang jgn risau... abah hang ni ada...

lepas tu tanya la adik yg dok kat kem plkn tu camne... sehat ke tak... abah camne? abg long camne? kedai camne? tapi walaupun mak dok gelak-gelak aku tau dia harap kan abg balik... kalau cakap nak balik kompom kena marah... jadi esok ( pagi ni 30/4/2009 ) anak mu ni akan pulang melawat... sebab

1. kerja bole dicari...
2. duit juga bole dicari...

tapi satu je kat dalam dunia ni yang tiada ganti nya... kasih sayang seorang ibu...
waaaa.... sedih nya... mak anakmu ini mendoakan semoga mak cepat sembuh... amin...

happy mother day mak, mama ( zaza mother ) and to all mother's in the world...


p/s : sayangi lah ibu anda... luv u to sygku.
..

* goner - camner / bagaimana
* koi - saya / aku
* kome - saya / kami

Wednesday, April 29, 2009

why so emo?

this song dedicated to "guest from petaling jaya?" hope you enjoy this song!! cheers...

LastxMinute - Pergilah Mampos

Monday, April 27, 2009

...






sejenak nukilan...



Dikala semua orang nyenyak dibuai mimpi indah aku masih lagi disini mengelamun dan menghayati malam yang gelap hanya bertemankan KATAK... sambil menghembuskan asap rokok perlahan-lahan... aku... tidak dapat aku ungkapkan perasaan yang sebenarnya bersarang dibenak hati ini... mundar-mandir aku disekeliling mencari kedamaian... tiba tiba sahaja hujan turun tanpa amaran. hujan yang turun bagaikan mengerti dan memahami ( mungkin kebetulan atau sebaliknya aku sendiri tidak pasti )... air hujan yang menitik tidak kuhirau kan... ku biarkan ia membasahi tubuh ini dengan dingin pagi yang kian mencengkam. sang katak seolah-olah berpesta dengan kedatangan hujan. bunyi-bunyian yang dihasilkan amat mengasikkan... terleka aku sejenak sehinggalah bunyi guruh kedengaran membuatkan aku kembali ke alam realiti. segera aku masuk kedalam kerana kilat sabung menyabung bagai memberi amaran dan lagu "macbeth" berkumandang sayup-sayup , bait-bait lagu macbeth "my heart bleeds for you, my only dear love" menghiasi kamar hati... dimana aku pasrah...



p/s : luv and miss you syg...

Saturday, April 25, 2009

miss you...

Sunday, April 19, 2009

dugaanNya, hidup atau mati....



hari ni 2 kali abg cemas² mujur tuhan masih sayangkan abg... patut la lepas borak ngan ayg abg rasa tak senang duduk rupa-rupanya pukul 8:35 tadi abg terserempak dengan si senduk ni kat dapur... tengah menyelinap ke bawah peti sejuk. dan akhir nya nekad apa nak jadi jadi lah... akhir nya berjaya dibunuh bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini... ( walaupun cuak jangan cite lah... ). ini merupakan kejadian pertama seumpamanya sejak abg kerja kat sini... harap-harap lepas ni takde dah... cuak woo...

ayang doa kan abg semoga sentiasa selamat ye. Insyallah, amin...

kasih & sayang..

Pada suatu pagi di satu
sekolah menengah, ada seorang pelajar
bertanya pada seorang guru yang sedang
mengajar. Ketika itu, guru tersebut
sedang menyentuh mengenai kasih dan
sayang secara am. Dialog di antara
pelajar dan guru tersebut berbunyi
begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak
pilih seseorang yang terbaik sebagai
orang paling kita sayang?. Macam mana
juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu
ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat
apa yang saya suruh. Ikut je
ye...mungkin kamu akan dapat apa
jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya
harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah
yang berada di luar kelas sekarang
juga. Kamu berjalan di atas rumput di
situ dan sambil memandang rumput di
depan kamu, pilih mana yang PALING
cantik tanpa menoleh ke belakang lagi
walaupun sekali. Dan kamu petiklah
rumput yang PALING cantik yang berada
di depan kamu tersebut dan selepas itu
bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan
buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut
balik semula ke kelas, tiada pun
rumput yang berada di tangannya. Maka
cikgu pun bertanya kepada pelajar
tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh
petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di
atas rumput dan sambil memandang
rumput yang berada di situ, saya
carilah rumput yang paling cantik.
Memang ada banyak yang cantik tapi
cikgu kata petik yang paling cantik
maka saya pun terus berjalan ke depan
sambil mencari yang paling cantik
tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi
sampai di penghujung padang , saya tak
jumpa pun yang paling cantik. Mungkin
ada di antara yang di belakang saya
sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak
boleh menoleh ke belakang semula, jadi
tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya.
Maknanya, apabila kita telah berjumpa
dengan seseorang yang kita sayang,
janganlah kita hendak mencari lagi
yang lebih baik daripada itu. Kita
patut hargai orang yang berada di
depan kita sebaik-baiknya. Janganlah
kita menoleh ke belakang lagi kerana
yang berlaku tetap dah berlaku. Dan
semoga yang berlalu tidak lagi
berulang. Jika kita berselisih faham
dengan orang yang kita sayang itu,
kita boleh perbetulkan keadaan dan
cuba teruskan perhubungan tersebut
walaupun banyak perkara yang menggugat
perhubungan tersebut. Dan ingatlah
orang yang kita sayang itulah kita
jumpa paling cantik dan paling baik
pada MULAnya walaupun nak ikutkan
banyak lagi yang cantik dan baik
seperti rumput tadi. KECUALILAH jika
perhubungan tersebut tak boleh
diselamatkan lagi, maka barulah kita
mulakan sekali lagi. Maka sayangilah
orang yang berada di depan kita dengan
tulus dan ikhlas.

sumber dipetik dari sepatu.net



note : muash... sayang ayg sokmo... *hugs*

Thursday, April 09, 2009

penyiksaan dalam penantian...

bait-bait ini di petik dari lirik Melissa - wajahmu dimataku.

Keteguhan cinta dalam hatimu
Menyakinkan aku kesetiaanmu
Terbangkitlah rindu dari sudut jendela hatiku

Biar aku memiliki dirimu sayang
Ketabahanmu waktu bersamaku
Membuktikan pengorbanan dirimu
Begitulah yang aku harapkan selama-lamanya

Wajahmu sayang selalu di mataku
Aku makin terasa lambaian cintamu
Sehingga aku gelisah tak menentu



ayang,
harapan abang semoga ayang bersabar dan setia menanti detik itu. InsyaAllah, Amin...

muash... sayang ayang sokmo...

Sunday, April 05, 2009

Rahsia Tarikh Lahir Kaedah Sains Metafizik.

hari ini nak share ngan semua "Rahsia Tarikh Lahir Kaedah Sains Metafizik.' Sama ada nak percaya atau tidak terpulang pada diri masing-masing, kalau dah cuba tu jangan dok gadoh plak esok apa yang penting kerjasama. akhir kata selamat mencuba !


Mengungkap Rahsia Tarikh Lahir Anda Dengan Menggunakan Kaedah Sains Metafizik Dengan Ketepatan Sehingga 90%. Percayakah Anda, Tarikh Lahir Anda Menceritakan Segalanya.


Tip Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir- Dr Fadhilah Kamsah.

1. Pemimpin
2. Lembut
3. Kemas (Cerewet)
4. Rajin

5. Boleh berbincang
6. Angin
7. Patuh
8. Bisnes
9. Glamour



Contoh: 20 05 1981

2 + 0 = 2

Maka kotak pertama adalah 2..
Kemudian campurkan kesemua nombor..


2 + 0 + 0 + 5 + 1 + 9 + 8 + 1 = 26

Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti:

2 + 6 = 8

Maka kotak kedua adalah 8..
Selepas itu kotak pertama akan dicampur ngan kotak kedua

2 + 8 = 10

Oleh kerana hasil campur lebih dari 9 maka dicampur lagi

1 + 0 = 1

Maka kotak ketiga ialah 1..
hasilnya..

2: Lembut
8: Bisnes
1: Pemimpin




Maka anda sudah cerminkan diri anda mungkin sifat-sifat ini ada dalam
diri anda dan mana tahu mungkin suatu hari nanti dengan sifat ini anda
akan menjadi seorang yang berguna.

RAHSIA TARIKH LAHIR.

Percayakah anda bahawa dengan TARIKH LAHIR kita boleh mengetahui pelbagai rahsia diri sendiri seperti Kerjaya, Perniagaan, Kesihatan, Perhubungan, Kekayaan, Keserasian, Arah Kejayaan dan banyak lagi?

Berdasarkan TARIKH LAHIR seseorang dan dengan menggunakan penemuan sendiri Metodologi Penyahkod, anda boleh mengetahui tentang diri anda ataupun orang lain secara hampir menyeluruh. Anda boleh mengetahui perwatakan individu seperti sikap dan personaliti seseorang. Dengan membongkar secara lebih mendalam, anda juga dapat mengetahui tentang Kesihatan, Kerjaya, Perniagaan, Hala Tuju Terbaik seseorang serta Kesesuaian dan Perhubungan dengan individu lain.



RAHSIA TARIKH LAHIR akan memainkan peranan sebagai ‘Paksi’ untuk mengimbangkan kehidupan seseorang dalam mencapai kebenaran diri (self-actualization). Dengan menggunakan Metodologi ini anda boleh membantu diri anda untuk membongkar potensi yang tersembunyi serta memahami diri anda serta orang tersayang dengan lebih baik. Kami percaya TAKDIR seseorang tidak ditentukan. Berdasarkan Firman Allah swt yang menyeru supaya manusia mengubah nasib mereka sendiri, menguatkan lagi bahawa TAKDIR kita bukan telah ditentukan.


Firman ALLAH SWT, Surah Ar-Rad, Ayat 11 yang bermaksud,

“Sesungguhnya Tuhan (Allah) tidak mengubah keadaan sesuatu kaum (hambanya) sehingga mereka mengubah keadaan (sebab-sebab kemunduran) yang ada pada diri mereka sendiri.”

KERJAYA - Adakah anda di dalam industri dan memegang jawatan yang sesuai? Ketahuilah kerjaya yang paling sesuai untuk anda.



PERNIAGAAN - Adakah anda seorang yang berorientasikan perniagaan? Ad
akah anda dilahirkan untuk berkecimpung di dalam dunia perniagaan? Mengapakah perniagaan anda gagal? Seterusnya, daripada TARIKH PENDAFTARAN SYARIKAT anda, kami boleh melihat apakah yang bakal berlaku di dalam syarikat (masalah, halangan dan keupayaan untuk menempa kejayaan).



KESIHATAN - Dengan menggunakan kaedah metodologi ini boleh memberi amaran awal kepada anda tentang penyakit-penyakit yang bakal dihadapi.



PERHUBUNGAN - Kesesuaian seseorang adalah KUNCI kebahagiaan. Analisis TARIKH LAHIR boleh membantu untuk mengenalpasti pasangan ideal anda samada di dalam perniagaan atau di dalam kehidupan. Perhubungan dengan pasangan atau anak, baik atau buruk akan didedahkan. Mengetahui sekiranya wujud 2 perkahwinan di dalam kehidupan dan mengambil langkah kawalan. Mengetahui kebarangkalian berlakunya penceraian di dalam sesebuah rumahtangga.



KEKAYAAN - Dengan mengetahui TARIKH LAHIR anda boleh memperolehi CARTA yang menunjukkan turun naik kehidupan anda sejak kecil sehingga mencapai umur 120 tahun. Ianya secara jelas dapat menunjukkan bilakah peluang akan muncul. Anda seterusnya hendaklah menggunakan peluang tersebut apabila tiba masanya.



Rahsia Personaliti Dari Kiraan Tarikh Lahir..Mari Kita Kira.



Contoh:
12 April 1974
12 + 4 + 1974 = 1990
1 + 9 + 9 + 0 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)



Keterangan nombor lahir




1. Ketulenan

- Hadir dengan idea baru.
- Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.

- Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
- Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.
- Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.

Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.


Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel Welach





2. Pendamai


- Dilahirkan sebagai diplomat.
- Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
- Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
- Mereka tidak suka bersendirian.
-Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan mel
uahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg, Thomas Edison,Wolfgang Amadeus Mozart.



3. Ceria

- Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.

- Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
- Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.
- Mereka sangat popular dan idealistik.
- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster



4. Konservatif


- Golongan ini sangat peka dan tradisional.
- Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
- Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
- Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian.
- Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.
- Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan



5. Perintis


- Mereka adalah perintis.
- Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
- Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.
- Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi.
- Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.




6. Romantik


- Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.
- Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka.
- Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
- Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
- Mereka suka seni musik.

- Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn



7. Intelektual


-Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. -
Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
- Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
- Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara..
- Mereka sangat suka berahsia.
- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.


Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana



8. Penyelesaian

- Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
- Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
- Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
- Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif.
- Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison,Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.



9. Pelakon
- Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
- Mereka sangat penyayang dan pemurah.
- Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
- Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.
- Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
- Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).
- Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley.



artikel di ambil dari http://scripters.ning.com ( kredit kepada author asal )

Result Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir ( abang ngan ayang )

24 11 1979

2+6 = 6 ( kotak pertama )
2+4+1+1+1+9+7+9 = 34
3+4 = 7 ( kotak kedua )
6+7 = 13
1+3 = 4 ( kotak ketiga )

6 - angin
7 - patuh
4 - rajin

24 06 1974

2+4 = 6 ( kotak pertama )
2+4+0+6+1+9+7+4 = 33
3+3 = 6 ( kotak kedua )
6+6 = 12
1+2 = 3 ( kotak ketiga )

6 - angin
6 - angin ( ayarkkk... )
3 - kemas

p/s : abang tetap sayang juga awak, sebab abang terima ayang seadanya... muashh...

Result Rahsia Personaliti Dari Kiraan Tarikh Lahir
( abang ngan ayang )

24 november 1979
24+11+1979 = 2014
2+0+1+4 = 7 ( Intelektual )

24 June 1974
24+6+1974 = 2004
2+0+0+4 = 6 ( Romantik )


note : love you so much zaza...

Thursday, April 02, 2009

rindu itu datang lagi...










Saat-saat begini, abang ingin mendengar suaramu sayang.
Mendengar gelak tawamu dan usikan nakalmu.

menghilangkan segala kekusutan dijiwa...
tiba-tiba sahaja terasa sebak melanda jiwa,
hampir saja airmata ini berderai berguguran
tapi masih mampu menahannya.

"hati ini tetap rindu,
hati ini tetap resah,
walau sekadar seminit dua ,
tapi cukup berharga...
mengertilah..."

kau lah yang telah mencuri hatiku selama ini...
kuharapkan kaulah untukku hingga nafas terakhirku... Insyallah, Amin...


p/s : muash... missed you a lots sayangku...