Showing posts with label Cerpen. Show all posts
Showing posts with label Cerpen. Show all posts

Saturday, May 23, 2009

Petang

Petang tadi,
Ku hidupkan *tenggiling gaban yang ku rasa telah seusia dengan diriku.
Susah sekali sehingga bengkak kaki ini, kesan lebam sebagai cenderahati
Bunyi tenggiling memecah keheningan petang tadi
Perlahan-lahan ku bergerak menyusuri jalan yang kerap kali ku lalui, akan tetapi ku rasa amat berbeza sekali
Angin sepoi-sepoi bahasa menyapa sepanjang perjalanan
Kemana destinasi tidak ku ketahui hanyalah mengikut kata hati
Sepanjang jalan yang ku lalui semua orang memandang pelik, semacam ada tarikan magnet
Mungkin kerna orang muda seperti ku ini kelihatan agak pelik membawa tenggiling seperti ini.
Ah, persetan kan mereka... getus hati kecilku...
Perjalanan ku terhenti pabila tiba di sebuah taman rekreasi

Dimana kulihat anak-anak kecil bermain riang, lantas tersentuh rasa hati
Mungkin bila tiba masa nya kan ku bawa anak ku bermain riang seperti itu
Ku pakir kan tenggiling tua disitu. Kunyalakan rokokku, yang entah bilangan keberapa untuk hari ini

Sambil memandang ke sebelah kiri ku
Satu permandangan indah ciptaan tuhan, nun jauh di sana tersergam indah bukit-bukau yang kehijauan
Sejuk sungguh mata memandang bersama tiupan angin petang
Walaupun didalam kedamaian itu dan keriangan anak-anak kecil yang bermain ku rasa kan sesuatu kekurangan
Ya, kekurangan itu adalah dirimu sayangku
Alangkah bagusnya jikalau kau berada disisi ku sekarang ini
Dan segera wajahmu bermain ligat di kotak ingatanku dan lantas ku senyum sendirian
Yang kini ku dilamun kerinduan.


Ku selalu ingat padamu,
Tak pernah ku jemu mencintai dirimu,
Kan ku abadikan diri ini hanyalah untuk mu,
Dan hanya kau yang ku rindu sayangku.

note : muash... luv u sygku...
-----------------------------------------------------------------------------

Buat Yang Tercinta - Ebby Saiful

Resah..

Ku dalam kesepian
Kini kerinduan
Dirimu, di mana gerangan
Senyumanmu sinar matamu
Hadir di dalam impian

Sunyi..
Kini ku rasakan
Inginku titipkan rinduku pada angin lalu
Ku nantikan dan ku nantikan
Saat kau datang padaku

Ku bawa dikau dalam mimpiku

Hatiku memanggil namamu
Dengarkah dikau suara hatiku
Membisik ku rindu padamu

Dikau..
Yang sangat ku sayang, kini berjauhan
Bilakah masanya bersua

Inginku curahkan segalanya
Buat dikau yang tercinta

Buat dikau yang tercinta

download mp3


-

-

-

-

-


* inilah tenggiling yang dimaksud kan.

Thursday, May 21, 2009

Air Mata Sesalan...

Entry yang ku tulis kali ini berdasarkan kisah benar yang berlaku 2 tahun lepas, yang terjadi kepada abg angkat ku k'yo. Sebuah kisah ku kira bisa menyayat hati, kerna setiap kali teringat kan kisah itu ada sesuatu yang bergenang di kelompak mata ini. Dapat ku rasa kan kepedihan yang dia alami. Cerita ini adalah sebagai pedoman semata-mata, bukanlah ditulis untuk mencemuh atau menghina seseorang. Jikalau ada yang terasa, ku mohon ampun.
( nama dalam watak cerita ini bukan lah nama sebenar, jikalau terdapat persamaan itu hanylah kebetulan )


Kisahnya bermula begini...

Perjalanan ke rumah yo ku rasa kan begitu lama, al maklumlah motor kapcai ku sudah begitu tua sudah
10 tahun dia berkhidmat dengan ku. "mungkin sudah tiba masa ku servis motor ini" getus hati kecil ku.
Walaupun sebuah bandar kecik tapi ku rasakan arus traffic hari ini agak sesak dan lantas aku mencelah celah di
dalam kesibukkan yang menggila. Akhirnya aku sampai ke destinasi yang dituju.

"Assalammualaikum... yoo... oh yoo.." sambil mengetuk pintu rumah yoo. Setelah beberapa detik barulah kedengaran pintu rumah di buka. "W'salam... kunci kau mana?" tertinggal kat rumah la yoo kata ku lagi.
"oh... masuk lah" jemput yoo. "Ada apa yoo tetiba je panggil ni, ceria semacam je" tanya ku pada yoo

Dan lantas yoo menceritakan pada ku apa yang terbuku dihati. Yang hatinya telah dicuri oleh insan yang bernama Syikin. Lantas ia menunjukkan padaku gambar kekasihnya. Aku jua tumpang gembira dan berdoa kerana inilah seumur hidupku melihat yoo sungguh ceria sebegini. Bukan dia tak pernah bercinta tapi ku dapat kan kali ini sangat berbeda. Terpancar satu sinar harapan dimatanya. Bermula lah dari saat itu kehidupan yoo mula berubah, segalanya kelihatan lebih teratur. Lantaran itu ku tinggal dia buat sementara kerana ku ingin menyambung kerja.

Selang beberapa hari yoo menghubungi ku lagi
"oit... lesen kete hidup dok? tanya yoo pada ku.
"hidup... nape?, nak ke kl ke? kata ku
"tak lah... jom kita ke rumah Syikin, esok" jawab yoo
"erm... roger" dengan pantas ku menjawab

Maka ke-esokkan harinya perjalanan yang mengambil masa 6 jam lebih terasa begitu membosankan, dah naik kematu bontot, naik lenguh kaki menekan pedal clucth sama minyak. Sebelum maghrib aku dan yoo tiba di destinasi. Rumah Syikin. Setelah sesi suai kenal bersama keluarga Syikin tamat aku dan yoo masuk ke kamar yang disediakan untuk menghilangkan penat setelah mengembara seharian. Dan dengan itu bermula lah satu episod baru dalam hidup yoo. Di mana yoo berhasrat untuk menikahi wanita yang dicintainya. Dan aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kawan-kawan ku.

Tapi, langit tidak sentiasa cerah ada masanya ia gelap dan dibasahi hujan. Sesuatu yang trajis telah berlaku
dimana Syikin yang yoo kenali dulu telah berubah disebabkan oleh insan yang ke-3. Kedatangan ku ke rumahnya
pada hari itu dimana yoo menceritakan segala galanya keadaan rumah itu ku rasakan begitu suram bagai memahami hati dan perasaan seorang insan yang terluka. Di mana yoo telah dengan secara tidak sengaja bertemu insan yang dicintainya dengan seorang lelaki lain. Di saat ia menceritakan apa yang berlaku dari samar samar kejauhan dapat ku lihat satu persatu air mata seorang insan yang bernama lelaki mengalir perlahan-lahan membasahi pipi. Amat sukar bagi seorang lelaki untuk mengalir kan air mata tanpa sebarang sebab. Pabila seorang lelaki itumengalir kan air mata ianya disebabkan oleh rasa kecewa yang mendalam.

yoo begitu kecewa kerana pengorbanan, keikhlasan, dan kejujuran nya selama ini tidak dihargai, Sedikit pun
dia tidak pernah membenci malahan dia sentiasa mendoakan agar si dia berbahagia bersama teman barunya.
Walaupun dia kan sebak bila teringatkan kisah itu. Bayangkan lah dia sanggup menghantar wang setiap bulan bagi membiayai anak Syikin yang masih kecil dan juga duit lawyer. Tapi, semua nya hampa belaka. Sejak dari peristiwa itu yoo ku lihat tidak seceria dulu raut wajahnya tidak seperti yang ku kenal dulu. Akhirnya yoo mengambil keputusan untuk pulang ke kampung bagi mengubat
kelukaan dihati.

Pada sahabatku yoo yang kini berada di kampung, ku harapkan kau ceria-ceria selalu dan berdoa lah pada Nya
supaya kau dipertemukan dengan seseorang yang dapat menghargai pengorbanan, keikhlasan, kejujuran dan cintamu.
InsyaAllah, amin. Kerana ku sentiasa mendoakan yang terbaik buat mu.

Semoga kita bersua lagi disuatu hari nanti Yoo.