Thursday, May 21, 2009

Air Mata Sesalan...

Entry yang ku tulis kali ini berdasarkan kisah benar yang berlaku 2 tahun lepas, yang terjadi kepada abg angkat ku k'yo. Sebuah kisah ku kira bisa menyayat hati, kerna setiap kali teringat kan kisah itu ada sesuatu yang bergenang di kelompak mata ini. Dapat ku rasa kan kepedihan yang dia alami. Cerita ini adalah sebagai pedoman semata-mata, bukanlah ditulis untuk mencemuh atau menghina seseorang. Jikalau ada yang terasa, ku mohon ampun.
( nama dalam watak cerita ini bukan lah nama sebenar, jikalau terdapat persamaan itu hanylah kebetulan )


Kisahnya bermula begini...

Perjalanan ke rumah yo ku rasa kan begitu lama, al maklumlah motor kapcai ku sudah begitu tua sudah
10 tahun dia berkhidmat dengan ku. "mungkin sudah tiba masa ku servis motor ini" getus hati kecil ku.
Walaupun sebuah bandar kecik tapi ku rasakan arus traffic hari ini agak sesak dan lantas aku mencelah celah di
dalam kesibukkan yang menggila. Akhirnya aku sampai ke destinasi yang dituju.

"Assalammualaikum... yoo... oh yoo.." sambil mengetuk pintu rumah yoo. Setelah beberapa detik barulah kedengaran pintu rumah di buka. "W'salam... kunci kau mana?" tertinggal kat rumah la yoo kata ku lagi.
"oh... masuk lah" jemput yoo. "Ada apa yoo tetiba je panggil ni, ceria semacam je" tanya ku pada yoo

Dan lantas yoo menceritakan pada ku apa yang terbuku dihati. Yang hatinya telah dicuri oleh insan yang bernama Syikin. Lantas ia menunjukkan padaku gambar kekasihnya. Aku jua tumpang gembira dan berdoa kerana inilah seumur hidupku melihat yoo sungguh ceria sebegini. Bukan dia tak pernah bercinta tapi ku dapat kan kali ini sangat berbeda. Terpancar satu sinar harapan dimatanya. Bermula lah dari saat itu kehidupan yoo mula berubah, segalanya kelihatan lebih teratur. Lantaran itu ku tinggal dia buat sementara kerana ku ingin menyambung kerja.

Selang beberapa hari yoo menghubungi ku lagi
"oit... lesen kete hidup dok? tanya yoo pada ku.
"hidup... nape?, nak ke kl ke? kata ku
"tak lah... jom kita ke rumah Syikin, esok" jawab yoo
"erm... roger" dengan pantas ku menjawab

Maka ke-esokkan harinya perjalanan yang mengambil masa 6 jam lebih terasa begitu membosankan, dah naik kematu bontot, naik lenguh kaki menekan pedal clucth sama minyak. Sebelum maghrib aku dan yoo tiba di destinasi. Rumah Syikin. Setelah sesi suai kenal bersama keluarga Syikin tamat aku dan yoo masuk ke kamar yang disediakan untuk menghilangkan penat setelah mengembara seharian. Dan dengan itu bermula lah satu episod baru dalam hidup yoo. Di mana yoo berhasrat untuk menikahi wanita yang dicintainya. Dan aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kawan-kawan ku.

Tapi, langit tidak sentiasa cerah ada masanya ia gelap dan dibasahi hujan. Sesuatu yang trajis telah berlaku
dimana Syikin yang yoo kenali dulu telah berubah disebabkan oleh insan yang ke-3. Kedatangan ku ke rumahnya
pada hari itu dimana yoo menceritakan segala galanya keadaan rumah itu ku rasakan begitu suram bagai memahami hati dan perasaan seorang insan yang terluka. Di mana yoo telah dengan secara tidak sengaja bertemu insan yang dicintainya dengan seorang lelaki lain. Di saat ia menceritakan apa yang berlaku dari samar samar kejauhan dapat ku lihat satu persatu air mata seorang insan yang bernama lelaki mengalir perlahan-lahan membasahi pipi. Amat sukar bagi seorang lelaki untuk mengalir kan air mata tanpa sebarang sebab. Pabila seorang lelaki itumengalir kan air mata ianya disebabkan oleh rasa kecewa yang mendalam.

yoo begitu kecewa kerana pengorbanan, keikhlasan, dan kejujuran nya selama ini tidak dihargai, Sedikit pun
dia tidak pernah membenci malahan dia sentiasa mendoakan agar si dia berbahagia bersama teman barunya.
Walaupun dia kan sebak bila teringatkan kisah itu. Bayangkan lah dia sanggup menghantar wang setiap bulan bagi membiayai anak Syikin yang masih kecil dan juga duit lawyer. Tapi, semua nya hampa belaka. Sejak dari peristiwa itu yoo ku lihat tidak seceria dulu raut wajahnya tidak seperti yang ku kenal dulu. Akhirnya yoo mengambil keputusan untuk pulang ke kampung bagi mengubat
kelukaan dihati.

Pada sahabatku yoo yang kini berada di kampung, ku harapkan kau ceria-ceria selalu dan berdoa lah pada Nya
supaya kau dipertemukan dengan seseorang yang dapat menghargai pengorbanan, keikhlasan, kejujuran dan cintamu.
InsyaAllah, amin. Kerana ku sentiasa mendoakan yang terbaik buat mu.

Semoga kita bersua lagi disuatu hari nanti Yoo.








0 Love Inside: