Showing posts with label True Story of Historikal Semantanfornia. Show all posts
Showing posts with label True Story of Historikal Semantanfornia. Show all posts

Friday, September 04, 2009

insan yang baik pergi ke syurga, insan yang jahat pergi ke longkang jukebox

Di dalam sebuah kesunyian yang membingitkan... Aku menghantar satu teks telefon:
"Nasi lemak Gospel , jom"

Lazimya aku boleh menghantar pesanan ringkas seperti itu melalui teknik telepathy je.
Tapi hari ini aku guna telefon kawan .. takpelah ... kredit orang lain.. aku tak rugi apa-apa.

Berberapa minit kemudian telefon aku berbunyi.
Lagu merdu dari A Wilhem Scream mula menggoncang atmosfera.
Sekali aku picit punat yang ada logo ganggang telefon,
maka A Wilhem Scream yang gagah perkasa sebentar tadi membisu serta merta .

Berganti pula dengan bunyi suara seekor monster mini.
walaupun kedengaran sayup dari jauh,
aku kenal benar dengan monster mini tersebut.. itu suara papa, bebola daging berbentuk doraemon.

"WOi , Moh keluor cepat !! Ada cerita panas ni " kedengaran suara Papa tercungap-cungap bagaikan sedang menahan orgasme.

Refleksi aku tersentak macam biasa.
Mendadak aku terbang keluar dengan momentum kelajuan yang melebihi kadar biasa.

"Adi .. nak pergi mana ??" teguran manja Chinoz dari dalam laman sembang IMVU mula buat aku serba salah. "Kiss i dulu" sambungnya lagi.

Nah !! masalah tipikal.
masalah yang sering melemahkan semangat juang superheroes untuk menyelamatkan dunia.
terpaksa memilih sama ada mahu teruskan dengan plan A, menyelamatkan dunia atau plan B, mengecup bibir hangat kekasih virtualnya.

Setelah menaakul selama 1 saat, Macam biasa, aku pilih A. Sebab cikgu kata hanya orang-orang pandai je yang akan berjaya score A masa periksa.

Begitulah keadaannya ketika aku meninggalkan IMVU dan menuju ke Longkang Jukebox.

* * *

Memang ada cerita panas di sana.
Ada banyak sekali kereta-kereta peronda polis.
Satu rentangan khas ala-ala CSI berwarna kuning yang tertulis dengan jelas :
DILARANG MELINTAS > GARISAN POLIS.



Menurut khabar angin,polis tu cuma nak siasat kes bunuh di Klang.
suspek telah di tahan di Kuantan tapi kenderaannya telah ditinggalkan betul-betul dekat Longkang Jukebox.

Cuma satu je yang menjadi aneh .... sebesar-besar dunia, dengan jarak beratus-ratus kilometer, pembunuh tu telah memilih tempat paling kool sekali di dunia .
Itulah longkang Jukebox.
Tempat latihan kami bermain kejar-kejar dengan polis.

Para penonton tetap mahu berkerumun.
dasar jakun.
mengharapkan informasi segar untuk diceritakan ke sekitar kampung.

Aku tak mahu layan. Cuma aku singgah sekejap je. Ambik nombor plat kereta tu nak tikam 4d.
Tapi haram tak sempat. Hari dah petang.

~
~ Setelah bertahun-tahun menjadi wilayah rebutan pelepak malam,
Baru sekaranglah Longkang Jukebox disimbahi lampu-lampu spotlight dan mendapat perhatian massa.

Cuma ralat satu je, aku tak nampak pun wartawan atau sesiapa dari pihak media yang datang untuk buat liputan kecuali Kak Era. seorang reporter kampung berteknologi Dial Up.


SALAHHH !! bukan slipknot...
yg baju oren tu semua suspek












nasib baik kami dah pencen main kejar-kejar..
kalau tak mimpi lah mereka dapat duduk dengan aman sambil isap rokok
"port lari "
sampai sekarang jadi misteri...siapa yg tulis kat dinding tu
di bawah selia cctv sang bebola daging


note : credit to adi for the story.

Monday, May 25, 2009

Kenangan Kisah Kuih Cucur Kodok..

Ini adalah kejadian benar yang berlaku kira-kira 14 tahun dahulu.. Semasa aku masih lagi
dibangku sekolah.. Setiap kali kami berjumpa bila teringat balik kisah ini mmg pecah perut
dibuat nya.. so, enjoi reading..

---------------------------------------------------------------------------------------------------------


Bila aku bercerita tentang Cucur Kodok .
Aku dapat rasakan melalui deria ke-6 yang setiap manusia yang berakal sihat,
tahu membezakan antara cucur kodok dengan
buah pisang ,
garfu ,
pinggan
dan tisu

( sila rujuk gambar sekiranya masih keliru ).




Memang namanya tak cukup komersial.
fizikalnya pula buruk, penuh dengan otot-otot perkasa ,
Ianya tak cukup fotogenik untuk dijadikan sebagai makanan tradisional kebanggaan negara.

Bukan aku nak mengangkatnya sebagai kuih paling punk di dunia sebab ia menolak populariti.
Cuma aku pernah rasa terhina kerana cucur kodok.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Berbalik ke zaman gelap .
Saat jiran tetangga semuanya berfahaman Jahiliyah.

Ketika itu aku belum bekerja sebab ada alasan tersendiri.
Aku sedang menghayati falsafah hidup hippies peringkat beginner.

Mentaliti masyarakat sekeliling memang tak pernah berubah.
Sentiasa pandang serong pada golongan jobless.

Mereka lebih suka memandang benda-benda Khurafat itu jauh lebih tinggi darjatnya dari manusia jobless.
Imaginasi mereka lebih kreatif daripada dunia magis Harry Potter.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Dan aku juga benci pada seorang mak cik yang mulutnya sebesar raksasa.
Setiap kali dia berkata-kata, percikan-percikan api akan keluar dari celahan muncungnya.
Kalau mak cik ni bercakap di dalam gelap,
pasti ramai yang tak dapat membezakan antara mulut makcik ni dengan lighter.

Hari yang paling malang adalah hari rumah makcik muncung dimasuki pencuri.
Aku jadi semakin meluat dengan perangai makcik tu.

Aku juga paling benci dengan bomoh yang mak cik tu jumpa,
sebab dia menilik kebodohannya sendiri dalam air.

kononnya timbul bayang-bayang muka aku yang sedang mencuri.
NONSENSE.

Makcik mucung raksasa sememangnya tak perlukan teknologi internet ,
cukup dengan mulutnya yang sebesar corong megaphone itu.
Makcik ni jauh lebih pantas dari dunia broadband dalam hal penyebaran maklumat.

Dia menghebohkan cerita pecah rumah tu, semacam dia dirompak sampai papa kedana.
Kalah berita hamba seks zaman jepun yang minta pampasan di kaca tv.

Padahal pencuri tu cuma masuk dalam rumah dan goreng cucur kodok aje sebelum berambus .
Pencuri jenis kebuluran.

Aku memang tak faham, bagaimana dia boleh percaya pada bomoh kudisan.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




oh , mak cik , betapa bodohnya kau sebab tak menghayati hidup seorang hippies.

Menggoreng cucur kodok itu pun dah dikategorikan satu kerja berat untuk hippies macam aku.
Lagipun rumah aku pun berlambak lagi tepung yang mak aku beli.
Aku tak minat pun nak goreng,
Sebab menggoreng cucur kodok bukanlah kerjaan yang COOL buat seorang hippies beginner macam aku.

Di sinilah titik tolak dalam hidup aku supaya bebaskan mentaliti aku daripada dunia tahyul , khurafat, polong, puaka, jembalang dan Bomoh-bomoh bullshit.

Pengajarannya jelas .............

Seorang Hippies/punkrocker walaupun jobless adalah seribu kali lebih mulia hidupnya berbanding seorang bomoh yang hidupnya cuma tahu menipu untuk dapatkan wang.

Bomohlah yang sebenarnya loser.


note :
Artikel / credit to Adi.