Thursday, October 08, 2009

10 Soalan Buat Kekasih

Selamat Pagi Sayang. Di pagi ini ku hulurkan 10 soalan Bonus yang memerlukan jawapan tepat dan segera.

1. Malam tadi aku kah yang paling akhir meninggalkan ruang mata mu sebaik lena mu hinggap di situ?

2. Hadirkah mimpi manis bersama ku dalam tidur mu sebagaimana mau mu?

3. Pagi ini aku kah pengunjung minda mu yang pertama dan terdahulu?

4. Sudahkah kau hirup rindu mu pada ku seperti sarapan yang terhidang buat mu itu?

5. Adakah kau putarkan kenangan manis buat alas hati mu yang kesepian tanpa ku sewaktu menuju ke tempat kerja mu?

6. Ayat cinta untuk aku kah yang sedang kau karang sebagai Ucapan Selamat Pagi untuk ku?

7. Siapakah yang akan bertamu di hati mu sepanjang hari ini... ..adakah aku?

8. Adakah esuk aku masih boleh terus berada di situ?

9. Adakah kau merasa bahagia bersama ku?

10. Adakah kau di saat ini merindui ku sebagaimana aku yang sedang merindui mu?


‘YA’ adalah jawapan yang aku nantikan bagi kesemua soalan soalan ku itu.

Sayang, aku lah seorang yang bertuah dilimpahi kasih sayang yang sebegitu dari mu.


Terima Kasih Kekasih, mekarlah Bunga Kasih mu selamanya di Taman Hati ku.



note : credit to the author.

2 Love Inside:

Kamsiah said...

terimakasih atas cintamu terhadapku..suamiku..:)

Haza & Zaza said...

waah.. so, sweet... :)