Wednesday, March 25, 2009

coretan rindu tidak bernama

Penyesalan terbesar dalam hidup ialah apabila risiko yang tidak kita ambil.
Jika anda merasakan sesuatu itu tidak akan membuatkan anda bahagia,
maka teruskan. Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali,
mungkin tiada peluang kedua. Bererti masa tidak menunggu kita.

Jika anda merasakan anda telah bertemu dengan orang yang sesuai,
maka hargailah dia, jangan biarkan is berlalu begitu sahaja.
Jangan tertangguh kerana takut kelak jika dibiarkan berlalu maka anda akan menyesal sebgitu sahaja.

Tiada sesiapa pun yang simpati kepada orang yang sengaja membiarkan peluang pergi
begitu sahaja tanpa berusaha untuk mendapatkannya atau mempertahankan.
Kita selalunya tidak menghargai seseorang yang hampir atau menyayangi
kita sehingga dia pergi meninggalkan kita. Jangan takut untuk meluahkan
isi hati anda kepda orang yang anda sayangi dan cintai.
Beritahu mereka dan biarkan mereka buat keputusan di pihak mereka.
Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ialah memberitahu
kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya mereka
kepada anda. Anda akan rasa lebih yakin dan puas. Malah,
anda juga kan rasa bangga terhadap diri anda kerana telah menunaikan
tanggungjawab anda terhadap perasaan dan hati anda.

Jangan sesekali mengkhianati hati anda kerana akibatnya hanya anda
yang sengsara, bukan orang lain. Salah satu cabaran yang paling sukar
dalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan
kekurangan diri anda, tetapi ia masih sanggup menyayangi anda dengan
sepenuh hatinya.Cinta itu adalah berasakan tolak ansur dan pengorbanan.

Jika dia tahu kelemahan dan kekurangan anda dan masih sanggup bersama
anda dan lebih menyayangi anda, maka anda adalah orang yang paling
bertuah kerana ada seseorang yang mencintai anda seadanya anda.
Mencintai dan dicintai perlukan keberanian. Keberanian untuk terus
mengekalkan rasa cintai itu. Seterusnya diikuti dengan perasaan keikhlasan
untuk menerima orang yang kita cintai seada mereka walaupun dari hari
ke sehari manusia sentiasa berubah.

Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan.

p/s : luv & miss ya so dem much!


note : kredit kepada penulis asal

0 Love Inside: