Monday, March 30, 2009

risau dan sedih

sejak dua hari yang lepas hidup aku agak kucar kacir... mana tak nya buah hati aku tengah gering. terkena "keracunan makanan" aku punya lah susah hati jangan cerita la ( macam muka orang risau isteri nak bersalin ) ... hanya tuhan sahaja yang tahu... sampai kena tegur ngan member aku la... ko apsal muka toye semacam je.. aku pun cakap la buah hati aku sakit... terus je durang diam... nasib durang memahami. nak naik pi jumpa dia aku pun tengah kekurangan dalam poket... walaupun hati aku ni memberontak nak pi jumpa dia. Tapi apakan daya... Mungkin ini adalah dugaan buat kita berdua sayangku... Tapi, hari ini buah hati aku dah pi klinik jumpa doktor dapat ubat pelbagai jenis... bila aku dengar suara dia alhamdullillah suara nya agak ceria sikit berbanding sebelum nya. Syukur, sesangat... abang harap semoga ayang cepat sehat dan ceria selalu. walau apa pun yang menimpa ayang kasih dan sayang abang pada ayang tidak pernah berubah. Sesungguhnya itu hanya akan menambah dan merapatkan lagi hubungan kita... Lagi 11 hari abang akan datang sana bertemu dengan ayang. Bersabar lah menanti detik itu.

sayang ayang selalu, muash

0 Love Inside: