Tuesday, February 17, 2009

Secebis puisi luahan rasa dari hati...


Jikalau aku seorang pujangga,
Akan ku puisikan namamu seharum nyawa.

Jikalau aku seorang pelukis,
Akan ku potretkan wajahmu seindah syurga.

Jikalau aku seorang penyair,
Akan aku nyanyikan lagu untuk mu semerdu burung diangkasa.

Tapi aku bukan mereka.
Aku cuma insan yang kecil dan tak punya kuasa.

Tidak sedetik pun aku lupa akan dikau,
Kerana engkau adalah cahaya yang menerangi hidup ini.

Namun kau seharusnya tahu,
Kau adalah aku.
Kerana kau adalah nyawaku.

Sesungguhnya diri ini amat menyintai mu sayangku...

0 Love Inside: